Akademi Fantasia 7

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Akademi Fantasia 7

Satu Transformasi Akan Bemula


    Komen Membina Pengritik

    avatar
    Admin
    Admin


    Posts : 31
    Join date : 15/03/2009
    Age : 34
    Location : di Bilik Mandi

    Komen Membina Pengritik Empty Komen Membina Pengritik

    Post  Admin Sun Mar 15, 2009 3:54 pm

    Menjadi kejutan terakhir yang disimpan produksi Astro, tiga pengkritik tetap akhirnya diumumkan. Edrie Hashim, Dato' Khatijah Ibrahim dan Adlin Aman Ramlie akhinya muncul mengisi kerusi panas sebagai pengkritik tetap AF7. Apa kata mereka terhadap persembahan 14 pelajar pada Konsert Akademi Fantasia 7 minggu pertama di Astro Ria (Saluran 104) sebentar tadi?

    ADILA

    Edrie kata persembahan penuh keyakinan. Vokal yang bagus dan persembahan pembukaan yang baik
    Dato' Kathy kata tak dapat dengar suara kerena ditenggelamkan muzik. Persembahan yang yakin. Tetapi bukan sekadar mencari penghibur, tapi mencari penyanyi
    Adlin kata nyanyian pembukaan lemah. Persembahan dan interaksi seperti sudah menyanyi dan memiliki 18 album. Agak berlebihan

    SIDI

    Edrie mengingatkan bahawa Sidi merupakan orang pertama yang mendapat kad hijau ketika ujibakat. Tapi persembahan pada malam ini nampak gugup. perlu menyerap lebih banyak pelajaran di akademi
    Dato' Kathy kata tumpukan kepada vokal dan jangan takut
    Adlin kata berikan leboh perasaan kepada lagu. Namun, tidak mengharapkan terlalu banyak untuk konsert pertama

    YAZID

    Edrie kata nyanyian nampak penuh kejujuran. Tapi perlu belajar lebih tentang teknik nyanyian
    Dato' Kathy kata Yazid berani memilih lagu nyanyian asal Jamal Abdillah. Tetapi perlu berlatih lebih lagi
    Adlin kata nyanyian verse lemah. Perasaan lambat datang

    ZIZI

    Edrie kata persembahan dan suara yang baik. Namun ada kekurangan dengan persembahan pentas. Perlu memperbaiki kebimbangan yang jelas kelihatan
    Dato' Kathy kata nampak pancit. Namun seorang penyanyi yang bagus, bertenaga dan lincah di atas pentas
    Adlin kata suara matang, bersemangat dan penuh keyakinan. Penuh perasaan dan bertenaga

    ISMA

    Edrie kata sungguh bagus. Kawalan suara baik dan keseluruhannya baik.
    Dato' Kathy kata lagu sesuai dengan suara dan menyanyi dengan baik. Vokal terbaik dalam pelajar AF
    Adlin kata permulaan yang hebat. Tetapi kena tahu kawal perasaan. Tenaga semakin berkurangan menuju ke penghujung persembahan. Kekurangan fokus

    AKIM

    Edrie kata persembahan yang bersahaja. Lagu bersesuaian dengan imej yang ditonjolkan. tetapi perlu kawan suara ketika menjerit.
    Dato' Kathy kata lagu ini terlalu tua dan perlu mencari lagu yang sesuai dengan imej. Kelihatan lagu ini terlalu berat. Namun nyanyian masih bagus.
    Adlin kata ada keberanian dan keyakinan tetapi tidak konsisten. Persembahan yang kontra dengan susunan lagu. Namun persembahan ada gaya

    CLAUDIA

    Edrie kata nyanyian agak 'pitcy'. Suara agak garau. Persembahan seperti seorang profesional. penghibur yang cemerlang
    Dato' Kathy kata dia suka dengan persembahan. Suara rock dan bersesuaian dengan lagu. Tetapi perlu kawal nota rendah
    Adlin kata persembahan yang baik. Tetapi persembahan perlu dirancang. Kekurangan imiginasi dan perlu lebih berimiginasi. Beri lebih warna dalam persembahan

    HAFIZ

    Edrie kata persembahan yang sangat bagus. Ada pakej sebagai penghibur
    Dato' Kathy kata persembahan yang bagus. Sangat hebat. Kagum dengan nyanyian
    Adlin kata imej sempoi, original. imej ini susah untuk dicari dan perlu dikekalkan

    RINI

    Edrie kata karektor belum keluar. tempo lari dan patut disatukan dengan suara. Pilihan lagu tidak menguji vokal. Tidak menggambarkan imej yang dibawa
    Dato' Kathy kata imej dan suara yang unik. Cuma kesilapan pemilihan lagu
    Adlin kata tiada impak luar biasa dan terlalu mengawal pergerakan

    AISHAH

    Edrie kata persembahan yang menghiburkan. Suara dan lagu yang bersesuaian dan nampak keyakinan diri
    Dato' Kathy kata sangat berkeyakinan. Penggunaan pentas yang bagus.
    Adlin kata persembahan yang bagus, berkeyakinan dan berani. Menghiburkan dan nampak ceria. Nampak perbezaan dengan pelajar lain

    QHAUD

    Edrie kata lagu yang susah. Tetapi bagus kerana berani ambil risiko. lagu tidak sesuai untuk konsert pertama
    Dato' Kathy kata penghibur yang bagus. Cuma perlu tumpukan perhatian kepada nyanyian dan jadi diri sendiri
    Adlin kata ada dinamik yang berlainan. Persembahan yang keras, tegas, berani dan tepat. Lirik difahami dengan baik

    RUBISA

    Edrie kata persembahan lambat. Mampu menahan nota tinggi dengan lebih baik.
    dato' Kathy kata espresi yang baik tetapi tidak mampu mengawal nota tinggi dan rendah dengan baik. Mempunyai vokal yang baik
    Adlin kata persembahan yang baik untuk konsert pertama. persembahan dinamik dan romantik. Ringkas tetapi menarik

    ARIL
    Edrie kata bagaikan Rockstar! persembahan yang baik dan bersesuaian dengan personaliti
    Dato' Kathy kata seperti bintang Korea. Sangat bagus dan seolah-olah mampu menggantikan Allahyarham Sudirman dan mampu menari dengan baik
    Adlin kata nampak kesungguhan yang ditunjukkan. Tetapi kelihatan menonjolkan watak 'kaki perempuan'. Perlu lebih matang dalam membuat persembahan

    Tidak keterlaluan untuk dikatakan kesemua pelajar musim ini telah menunjukkan bayang-bayang bahawa transformasi pasti akan berlaku musim ini. Bakat terpendam telah ditonjolkan, cuma perlu lebih digilap untuk menjadi yang lebih baik. Untuk melihat hasil sentuhan transformasi ini, teruskan menonton AF7 di Astro Ria (Saluran 104)

      Current date/time is Fri Nov 22, 2024 10:22 am